- Potongan jagung
- Sisa ladang
- Cendawan
- Tahi lembu
- GML
- Dedak padi
- Penyodok tanah
- Cangkul
- Sudip tangan
- Serampang tangan
- Jaring
Kaedah Pemprosesan Hasil Sampingan Pertanian ( KOMPOS ) :
1. Masukkan potongan jagung ke dalam jaring yang berbentuk silinder dan ratakan.
2. Kemudian masukkan potongan lebihan ladang atau sisa ladang yang telah dipotong kecil oleh mesin chipper di atas potongan jagung. Kompos perlulah dilakukan secara berlapis.
3. Selepas itu, masukkan 15 pek cendwan di atas lapisan sisa ladang. Pastikan setiap lapisan diratakan dan dimampatkan.
4. Setelah itu, masukkan tahi lembu di atas lapisan cendawan dan ratakan.
5. Ulang kaedah 2 dan kaedah 3 tetapi bagi kaedah 4, tukarkan tahi lembu kepada GML. Taburkan GML di atas lapisan cendawan.
6. Setelah menabur GML, ulang semula kaedah 2 dan kaedah 3. Bagi kaedah 4 tukarkan kepada dedak padi. Dedak padi ini ditaburkan di atas permukaan GMl dan diratakan.
7. Setelah selesai, ulang semula kaedah yang sama iaitu kaedah 2, kaedah 3 dan kaedah 4. Pastikan kaedah 4 sentiasa dilakukan secara bergilir dimulai dengan menggunakan tahi lembu, GML dan dedak padi.
8. Setelah lapisan kompos ini hampir penuh jaring, letakkan potongan jagung di atas permukaan yang di atas sekali.
9. Akhir sekali, siram kompos hampir 60 % lembap.
Faedah:
Pemprosesan hasil sampingan pertanian ini sangat berguna dan ia mempunyai kegunaannya sendiri. Penggunaan kompos dalam pertanian ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan yang menguntungkan kerana peyediaan kompos ini tersangat mudah dan sangat murah. Selain itu, penggunaan kompos sebagai media penanaman juga dapat memberikan tanaman tumbuh sihat disamping dapat menyuburkan kesuburan tanah.